Notis Perlindungan Data Peribadi Bagi Sunmed Velocity Sdn Bhd
Sunway Healthcare Holdings Sdn Bhd serta anak-anak syarikat dan unit perniagaannya (“Sunway”) menghormati dan komited untuk melindungi data peribadi dan privasi anda. Dalam Notis Perlindungan Data Peribadi ini, "kami", “kita” atau mana mana derivatif yang berkaitan merujuk kepada Sunway, dan "anda" dan "kamu" atau mana mana derivatif yang berkaitan merangkumi pihak ketiga yang data peribadinya telah anda berikan kepada Sunway.
Pengawal data anda ialah Sunmed Velocity Sdn Bhd.
Notis Perlindungan Data Peribadi ini menjelaskan cara kami mengumpul dan mengendalikan data peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin meminda Notis Perlindungan Data Peribadi ini pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal dan menerbitkan Notis Perlindungan Data Peribadi yang dipinda atau disemak semula di laman web kami atau melalui e-mel.
Kami mungkin mengumpul dan memproses data peribadi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Sekiranya anda di bawah umur 18 tahun, sila dapatkan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga anda sebelum memberikan data peribadi anda kepada Sunway. Sekiranya kami mengetahui bahawa kami mengumpul data peribadi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tanpa persetujuan ibu bapa, kami akan memadamkan data tersebut. Sekiranya anda percaya kami mungkin mengumpul data daripada atau tentang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tanpa pengesahan persetujuan ibu bapa, sila hubungi kami menggunakan butiran hubungan di bawah.
Sila ambil maklum bahawa data peribadi sensitif anda (contohnya kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, atau data biometrik anda) dan maklumat perubatan anda (contohnya sejarah perubatan pesakit, diagnosis, alergi) tidak akan dikongsi atau dizahirkan kepada mana-mana entiti melainkan di mana anda telah memberikan kebenaran bertulis anda yang jelas.
1 Data peribadi
1.1 Jenis data peribadi
"Data peribadi" bermakna sebarang data yang berkaitan dengan anda atau pihak ketiga lain yang berkaitan dengan anda yang dikumpulkan atau diberikan kepada Sunway untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 2 di bawah.
Kami memproses data peribadi yang dapat mengenal pasti anda yang mungkin merangkumi nama anda, nombor kad pengenalan, butiran kontak, butiran kewangan dan akaun bank, sejarah atau maklumat perubatan, maklumat mengenai keluarga anda, saudara mara atau pihak ketiga yang anda berikan kepada kami, keutamaan anda berhubung dengan produk dan perkhidmatan yang anda beli daripada kami, televisyen litar tertutup ("CCTV") dan rakaman keselamatan, maklumat pengesanan lokasi/GPS, jenis data lain seperti yang dinyatakan di pautan ini, dan semua data lain yang diberikan oleh anda kepada Sunway melalui saluran-saluran yang berikut:
- laman web Sunway dan laman web yang mempunyai hubung kait dengan Sunway;
- aplikasi mudah alih daripada Sunway;
- borang elektronik daripada Sunway;
- borang fizikal daripada Sunway;
- e-mel; dan/atau
- media sosial dan platform komunikasi perutusan yang lain.
1.2 Sumber data peribadi
- Pesakit atau bakal pesakit/pelanggan, ibu bapa atau penjaga kepada pesakit atau bakal pesakit: Sunway mengumpul data peribadi anda secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada wakil undang-undang anda (ahli keluarga, waris kadim), ejen (cth. ejen pelancongan perubatan, syarikat insurans), dan/atau majikan anda semasa anda, wakil undang-undang anda, ejen dan/atau majikan menghantar kepada kami borang pertanyaan, permohonan, dan/atau pendaftaran yang telah lengkap diisi melalui pelbagai cara, termasuk secara talian dan salinan fizikal di tempat-tempat awam atau di premis kami. Data peribadi anda juga boleh dikumpul daripada kuki melalui penggunaan laman web kami.
- Perunding bebas atau bakal perunding bebas: Sunway mengumpul data peribadi anda secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada pengayau-pengayau apabila anda dan/atau pengayau-pengayau menghantar kepada kami borang-borang pertanyaan dan/atau pemohonan atau vitae kurikulum yang telah siap diisi melalui pelbagai cara, termasuk secara atas talian dan salinan fizikal bercetak. Data peribadi anda juga boleh dikumpul daripada kuki melalui penggunaan laman web kami.
- Penjual, pembekal atau penyedia perkhidmatan: Sunway mengumpul data peribadi anda secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada majikan atau agensi rujukan kredit apabila membida projek, atau apabila anda menghantar kami borang-borang pertanyaan dan/atau permohonan kredit yang telah siap diisi melalui pelbagai cara, termasuk secara talian dan salinan fizikal bercetak. Data peribadi anda juga boleh dikumpul daripada kuki melalui penggunaan laman web kami.
1.3 Data peribadi wajib
Semua data yang diminta dalam borang-borang yang berkaitan adalah wajib untuk anda berikan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sekiranya anda gagal untuk memberikan data wajib tersebut, kami tidak akan dapat memproses permintaan anda dan/atau membekal perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan kepada anda.
2 Tujuan-tujuan pengumpulan dan pemprosesan lanjut (termasuk penzahiran) data peribadi anda
Untuk pesakit atau bakal pesakit / pelanggan, ibu bapa atau penjaga kepada pesakit atau bakal pesakit/pelanggan, perunding bebas, bakal perunding bebas, penjual, pembekal atau penyedia perkhidmatan: Data peribadi anda dikumpul dan diproses selanjutnya oleh Sunway seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk melaksanakan transaksi komersial yang diminta, termasuk yang berikut:
- untuk memproses produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang diminta oleh anda;
- untuk memudahkan penglibatan anda dalam mana-mana pertandingan atau acara;
- untuk mengendali dan berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau acara-acara kami;
- untuk memudahkan amalan perubatan anda dalam Sunway, termasuk berkongsi data peribadi anda dengan perunding bebas lain dalam Sunway untuk tujuan tinjauan semula setara;
- untuk mengendali dan berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan amalan perubatan anda;
- untuk memproses permohonan akaun kredit anda;
- untuk menilai kebolehpercayaan kredit anda;
- untuk mentadbir dan melaksanakan transaksi komersial anda (pemberian tender, kontrak untuk perkhidmatan, perjanjian konsainan);
- untuk memproses mana-mana bayaran yang berkenaan dengan anda;
- untuk tujuan-tujuan insurans;
- untuk mengendali premis kami dengan cara yang selamat secara fizikal, terjamin dan bersesuaian dengan keperluan-keperluan kesihatan dan keselamatan;
- untuk siasatan dalaman, audit atau tujuan-tujuan keselamatan;
- untuk melakukan analisis statistik dalaman dan analisis kajian kes pesakit;
- untuk menjalankan dan menyokong analisis pemasaran dalaman dan analisis mengenai corak/tabiat, pilihan dan hubungan pesakit/pelanggan dengan syarikat berkaitan, anak-anak syarikat, syarikat induk dan syarikat gabungan Sunway;
- dikumpul dan disimpan ke dalam repositori pusat yang dapat diakses oleh syarikat berkaitan, anak-anak syarikat, syarikat induk dan syarikat gabungan yang berkaitan dengan Sunway;
- untuk membuat dan menyampaikan produk dan perkhidmatan yang diperibadikan untuk anda untuk meningkatkan pengalaman pelanggan anda;
- untuk memberi anda pengalaman pelanggan yang lebih lancar;
- untuk menyokong penyelidikan dan inovasi produk dan perkhidmatan kami;
- untuk menyimpan dan menjalankan proses analisis data;
- untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan kami;
- untuk memadankan mata kesetiaan yang disediakan oleh pihak ketiga/rakan niaga untuk mengiklankan dan memasarkan produk dan perkhidmatan kepada anda;
- untuk tujuan kolaborasi dengan rakan niaga untuk mengiklankan dan memasarkan produk dan perkhidmatan kepada anda;
- untuk mematuhi obligasi undang-undang dan peraturan Sunway dalam menjalankan perniagaannya;
- untuk menghubungi anda berkenaan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara akan datang, promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan-bahan komersial yang kami rasa dapat menarik minat anda;
- untuk menghantar ucapan musim, pesanan khas atau komunikasi lain yang serupa;
- untuk membolehkan pihak ketiga menghubungi anda untuk kempen pengiklanan, promosi atau pemasaran yang dijalankan oleh mana-mana entiti pihak ketiga;
- untuk memastikan kandungan dari laman web kami dipaparkan dalam cara yang paling berkesan untuk anda dan komputer dan/atau peranti anda; dan
- untuk pengurusan rekod dalaman Sunway.
* Di mana anda telah menunjukkan kebenaran anda untuk menerima maklumat terkini tentang pemasaran atau promosi daripada Sunway, anda boleh memilih untuk tidak menerima bahan pemasaran atau promosi tersebut pada bila-bila masa. Anda boleh memilih pilihan “berhenti melanggan (“unsubscribe”)” yang disediakan dalam e-mel yang dihantar oleh Sunway atau anda boleh menghubungi Sunway melalui butir-butir yang dibekalkan dalam Seksyen 6 di bawah.
Pemprosesan Analitik Data
Sunway ingin berkongsi dan menggabungkan data anda ke dalam satu platfom untuk dikongsikan ke seluruh Kumpulan Syarikat Sunway, termasuk Sunway Berhad dan Sunway Education Group Sdn Bhd. Kami akan menggunakan dan berkongsi data anda untuk tujuan analitik dan pengukuran bagi memahami bagaimana produk dan perkhidmatan kami digunakan, untuk membantu meningkatkan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan, untuk memberi anda produk dan perkhidmatan yang lebih diperibadikan, dan untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lebih lancar.
Sebagai contoh, kami menganalisis data mengenai pilihan dan keutamaan anda berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang anda beli daripada kami untuk menghantar iklan dan bahan promosi yang disasarkan kepada anda. Kami juga memproses data mengenai iklan yang anda berinteraksi untuk membantu kami dan pengiklan memahami prestasi pelbagai kempen iklan.
3 Penzahiran data peribadi
3.1 Entiti-entiti dalam Sunway
Data peribadi anda yang diberikan kepada kami mungkin diproses oleh dan dizahirkan kepada entiti (di dalam atau di luar Malaysia) dalam Sunway Healthcare Group, Sunway Education Group dan Kumpulan Syarikat Sunway (termasuk syarikat berkaitan, anak-anak syarikat, syarikat induk, syarikat bersekutu dan rakan khidmat luaran) termasuk senarai entiti dalam Sunway Healthcare Holdings Sdn Bhd, Sunway Berhad dan Sunway Education Group Sdn Bhd untuk tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 2 (Tujuan pengumpulan dan pemprosesan lanjut (termasuk penzahiran) data peribadi anda) di atas. Lebih-lebih lagi jika anda adalah pekerja kepada salah satu syarikat dalam Sunway Healthcare Group, Sunway Education Group, atau Kumpulan Syarikat Sunway.
Sunway akan memastikan bahawa;
- akses kepada data peribadi anda adalah terhad kepada kakitangan yang secara kontrak diminta untuk memproses data peribadi anda sejajar dengan keperluan kerja masing-masing.
3.2 Kelas pihak ketiga
Data peribadi anda mungkin dizahirkan kepada pihak-pihak ketiga yang berkaitan (sama ada di dalam atau di luar Malaysia) seperti yang diperlukan di bawah undang-undang, menurut hubungan kontrak atau perniagaan yang berkenaan, atau untuk tujuan yang dinyatakan di Seksyen 2 (Tujuan-tujuan pengumpulan dan pemprosesan lanjut (termasuk penzahiran) data peribadi anda) di atas (atau berkaitan langsung dengan tujuan tersebut). Pihak-pihak ketiga tersebut mungkin termasuk yang berikut:
- penasihat profesional dan penyedia perkhidmatan korporat, termasuk juruaudit, peguam, setiausaha syarikat dan perunding;
- rakan-rakan kongsi pengiklanan dan pemasaran;
- pemproses pembayaran;
- perkhidmatan awan dan hosting;
- sokongan pelanggan dan komunikasi;
- penyelidikan dan tinjauan pasaran;
- rakan-rakan kongsi logistik dan penghantaran;
- platform media sosial;
- rakan-rakan kongsi perniagaan dan rangkaian ahli gabungan, termasuk institusi penjagaan kesihatan swasta pihak ketiga;
- penyedia analitik dan penjejakan;
- kedutaan asing yang berkaitan bagi pesakit asing yang menerima rawatan di Sunway;
- penyedia perkhidmatan dan entiti yang lain, termasuk syarikat percetakan, penganjur persidangan/latihan/acara, agensi pelancongan, syarikat insurans, insurer, syarikat utiliti, kontraktor, syarikat pengurusan hartanah atau agensi kredit (pemulihan hutang), pusat data atau makmal;
- agensi penguatkuasaan undang-undang, termasuk polis tempatan;
- Pihak berkuasa kerajaan, pihak berkuasa berkanun, majlis tempatan dan pengawal selia industri yang berkaitan termasuk Bank Negara Malaysia, Bursa Malaysia Berhad, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, LDHN, KWSP, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, MHTC (Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia), PERKESO, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia, dan Jabatan Perangkaan Malaysia;
- badan akreditasi yang berkaitan seperti Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH);
- perunding bebas kami dan pakar dalam Sunway; dan
- dalam kes pemeriksaan kesihatan pra-perkerjaan, kepada majikan pesakit/bakal majikan pesakit.
Sekiranya terdapat penjualan, pelupusan, pemerolehan, penggabungan atau penyusunan semula perniagaan yang berpotensi, dicadangkan atau sebenar (“Transaksi”), data peribadi anda mungkin diperlukan untuk dizahirkan atau dipindahkan ke pihak ketiga oleh sebab Transaksi tersebut. Anda dengan ini mengakui bahawa penzahiran dan pemindahan tersebut mungkin berlaku dan anda membenarkan Sunway melepaskan data peribadi anda kepada pihak lain dan penasihat/wakilnya.
3.3 Pemindahan data peribadi anda ke luar Malaysia
Kami mungkin perlu memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia sekiranya mana-mana pihak ketiga yang disebut dalam Seksyen 3 (Penzahiran data peribadi) di atas termasuk penyedia perkhidmatan atau rakan niaga kami yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan kepada kami berada atau mempunyai kemudahan pemprosesan di negara-negara luar Malaysia.
Anda memberi kebenaran kepada kami untuk memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia kepada pihak ketiga tersebut dan untuk tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 2 (Tujuan pengumpulan dan pemprosesan lanjut (termasuk penzahiran) data peribadi anda).
Kami akan mengambil langkah yang diperlukan untuk memastikan bahawa mana-mana pihak ketiga tersebut, sama ada di dalam Malaysia atau yang berpusat di luar Malaysia, terikat secara kontrak untuk melindungi data peribadi anda mengikut piawaian yang berkaitan yang setara dengan undang-undang yang terpakai, dan mereka hanya boleh memproses data peribadi anda di bawah arahan kami.
4 Laman Web
4.1 Pautan ke laman lain
Pautan ke laman lain dibekalkan bagi kemudahan dan maklumat anda. Laman ini mungkin mempunyai kenyataan privasi mereka sendiri, yang kami cadangkan anda menyemak sekiranya anda melawat mana-mana laman web yang dipautkan. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan di laman yang dipautkan atau sebarang penggunaan laman tersebut.
4.2 Produk-produk atau aplikasi-aplikasi berasaskan lokasi
Produk-produk atau aplikasi-aplikasi berasaskan lokasi menghantar data lokasi anda kepada kami. Kami tidak menggunakan data yang dihantar atau diberikan selain daripada untuk membekalkan perkhidmatan yang anda minta. Ciri berasaskan lokasi adalah pilihan yang anda boleh aktifkan (”opt-in”), dan anda mempunyai kawalan ke atas penyertaan anda dan boleh mematikan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut pada bila-bila masa atau menyahpasangkannya.
Sesetengah aplikasi mudah alih akan menggunakan Google Analytics (atau alat yang serupa) untuk membantu kami melayan anda dengan lebih baik melalui produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diperbaik dan semakan-semakan terhadap aplikasi mudah alih. Maklumat yang terkumpul ini tidak akan mengenalpastikan anda kepada kami. Walau bagaimanapun, ia mungkin dapat memberitahu kami tanpa nama, perkhidmatan- perkhidmatan dan fungsi-fungsi yang paling kerap anda gunakan dalam aplikasi tersebut dan juga jenis peranti dan fungsi-fungsi perkakasan, negara dan bahasa muat turun.
4.3 Kuki
Kuki mungkin boleh digunakan dalam pemprosesan maklumat anda. Kuki adalah fail teks yang ditempatkan di dalam ingatan komputer dan/atau peranti anda oleh komputer-komputer kami. Suatu salinan fail teks dihantar oleh komputer dan/atau peranti anda apabila ia berkomunikasi dengan pelayan kami. Kami menggunakan kuki untuk mengenal pasti anda. Kami juga mungkin mengumpul maklumat berikut semasa anda melawat ke laman web dan/atau nama domain berkelayakan penuh dari mana anda mengakses laman kami, atau secara alternatif, alamat IP anda:
- tarikh dan masa anda mengakses setiap halaman di laman web kami;
- URL bagi mana-mana halaman web dari mana anda mengakses laman kami (perujuk); dan
- pelayar web yang anda gunakan dan halaman yang telah anda akses.
Sesetengah laman web mungkin memerlukan anda memberikan sejumlah data peribadi yang terhad untuk menikmati perkhidmatan tertentu di laman web kami (kelayakan log masuk sistem, alamat e-mel dan perhubungan dsb). Data peribadi ini hanya akan digunakan untuk tujuan yang sepatutnya sahaja, iaitu untuk membalas mesej anda atau menyampaikan perkhidmatan yang diminta.
5 Hak untuk mengakses dan membetulkan data peribadi
Anda mempunyai hak untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda yang kami pegang (tertakluk selalunya kepada pengecualian tertentu). Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan data peribadi anda adalah tepat dan terkini. Oleh itu kami meminta sekiranya terdapat perubahan pada data anda, anda harus memaklumnya kepada kami secara langsung.
Jika anda ingin mengakses atau membetulkan data peribadi anda, sila hubungi Jabatan Khidmat Pelanggan kami atau emel pertanyaan anda kepada butiran yang tertera dalam Seksyen 6 di bawah.
6 Pengehadan pemprosesan data peribadi, penarikan balik kebenaran, pertanyaan lanjut, pemindahan data peribadi dan aduan
Sekiranya:
- anda ingin memperoleh maklumat lebih lanjut tentang cara untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda atau menarik balik kebenaran anda untuk pemprosesan data peribadi;
- anda ingin meminta untuk mengehadkan data peribadi anda atau menarik balik kebenaran anda untuk pemprosesan data peribadi (sila ambil maklum bahawa kami mungkin mengekalkan data anda di mana ada asas undang-undang untuk berbuat demikian atau di mana data anda adalah diperlukan bagi perkhidmatan berkaitan perubatan yang berterusan);
- anda meminta pemindahan data peribadi yang telah anda memberi kebenaran kepada organisasi lain, dalam format yang boleh dibaca mesin yang sesuai dan serasi;
- anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut; atau
- anda ingin membuat aduan berkenaan dengan data peribadi anda,
anda boleh menghubungi:
Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Tel: 03 7491 1489
Alamat e-mel: [email protected]
Fax: 03 7491 1447
Untuk maklumat mengenai semua perniagaan lain, sila kemukakan pertanyaan anda melalui Jabatan Pemasaran & Komunikasi Jenama Kumpulan di [email protected].
7 Keselamatan data
Kami telah melaksanakan langkah-langkah fizikal, teknikal dan prosedural yang munasabah untuk memastikan keselamatan data peribadi anda daripada kehilangan secara tidak sengaja dan daripada akses, penggunaan, perubahan dan penzahiran yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja. Semua data yang diberikan kepada kami telah disimpan di pelayan kami yang selamat. Langkah-langkah yang kami telah laksanakan termasuk yang berikut:
- mendaftarkan kakitangan kami yang menguruskan data peribadi dalam sistem/buku pendaftaran sebelum dibenarkan mengakses data peribadi;
- menamatkan hak akses kakitangan kami kepada data peribadi selepas kakitangan berhenti kerja, atau penamatan pekerjaan, ditamatkan kontrak atau perjanjian, atau diselaraskan mengikut perubahan dalam Sunway;
- mengawal dan mengehadkan takat kuasa kakitangan kami untuk mengakses sistem data peribadi bagi tujuan mengumpul, memproses dan menyimpan data peribadi;
- menyediakan ID pengguna dan kata laluan untuk kakitangan yang diberi kebenaran mengakses data peribadi;
- menamatkan ID pengguna dan kata laluan serta-merta apabila kakitangan yang diberi kebenaran mengakses data peribadi tidak lagi mengendalikan data peribadi;
- menetapkan prosedur keselamatan fizikal seperti yang berikut:
- mengawal pergerakan keluar dan masuk ke tempat penyimpanan data;
- menyimpan data peribadi di lokasi yang bersesuaian iaitu selamat daripada ancaman fizikal atau semula jadi serta tidak terdedah;
- menyediakan kamera litar tertutup di tempat penyimpanan data (sekiranya perlu); dan
- menyediakan kawalan keselamatan dua puluh empat (24) jam sehari (sekiranya perlu);
- mengemas kini sandaran/sistem pemulihan (“back-up/recovery system”) dan perisian anti-virus bagi melindungi data peribadi daripada insiden pencerobohan;
- melindungi sistem komputer daripada ancaman perisian perosak (”malware“) bagi mengelakkan serangan ke atas data peribadi;
- melarangkan pemindahan data peribadi melalui peranti media mudah alih (“removable media device”) dan perkhidmatan pengkomputeran awan (“cloud computing service”) kecuali dengan kebenaran pengurusan tertinggi Sunway dan perlindungan yang sesuai telah dilaksanakan;
- merekodkan sebarang pemindahan data peribadi yang menggunakan peranti media mudah alih (“removable media device”) dan perkhidmatan pengkomputeran awan (“cloud computing service”) melainkan dikecualikan dengan kebenaran pengurusan tertinggi Sunway dan perlindungan yang sesuai telah dilaksanakan;
- memastikan pemindahan data peribadi melalui perkhidmatan pengkomputeran awam (“cloud computing service”) mematuhi prinsip-prinsip perlindungan data peribadi di Malaysia, dan undang-undang perlindungan data peribadi di negara-negara lain;
- mengekalkan rekod yang betul berkenaan akses kepada data peribadi secara berkala dan rekod tersebut hendaklah dikemukakan apabila diarahkan oleh Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi;
- memastikan semua kakitangan kami yang terlibat dalam pemprosesan data peribadi sentiasa menjaga kerahsiaan data peribadi subjek data;
- mengikat mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh kami dengan kontrak untuk mengendalikan dan menjalankan akitviti pemprosesan data peribadi.
Kami juga memastikan bahawa mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang menyimpan atau memproses data peribadi anda telah melaksanakan tahap keselamatan yang sama dan boleh diterima.
Walaubagaimanapun, penghantaran data melalui internet adalah tidak selamat sepenuhya. Walaupun kami berusaha untuk melindungi data peribadi anda, kami tidak boleh menjamin keselamatan data peribadi anda yang dihantar melalui laman web kami atau kaedah penghantaran elektronik yang lain.
8 Penyimpanan data peribadi
Kami akan memproses data peribadi anda selagi kami mempunyai asas undang-undang untuk berbuat demikian. Data peribadi anda akan disimpan hanya untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas, selepas itu kami akan memastikan bahawa data peribadi anda dipadamkan sekiranya ia tidak lagi diperlukan untuk disimpan.
Kami juga melaksanakan langkah-langkah yang berikut untuk pengurusan dan pemadaman data peribadi yang disimpan oleh kami:
- mengekalkansistem untuk rekod yang teratur bagi pelupusan data peribadi secara berkala dan rekod tersebut hendaklah dikemukakan apabila diarahkan oleh Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi;
- menyemak dan melupuskan semua data peribadi yang tidak diperlukan di dalam pangkalan data dari masa ke masa;
- menyediakan dan menyelenggara jadual pelupusan data peribadi untuk data yang tidak aktif bagi tempoh dua puluh empat (24) bulan atau mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan di bawah “Jadual Pelupusan Rekod Perubatan 2016”;
- melupuskan borang pengumpulan data peribadi yang digunakan untuk transaksi komersial dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari, melainkan borang tersebut mempunyai nilai undang-undang berkaitan dengan transaksi komersial tersebut; dan
- melarangkan penyimpanan data peribadi melalui peranti media mudah alih (“removable media device”) dan perkhidmatan pengkomputeran awan (“cloud computing service”) kecuali dengan kebenaran bertulis pegawai yang diberi kuasa oleh pengurusan tertinggi Sunway.
9 Konflik
Sekiranya terdapat percanggahan antara Notis Perlindungan Data Peribadi Bahasa Inggeris dan Notis Perlindungan Data Peribadi Bahasa Malaysia, syarat-syarat dalam Notis Bahasa Inggeris akan mengatasi Notis Perlindungan Data Peribadi Bahasa Malaysia.
Notis Perlindungan Data Peribadi ini telah dikemas kini kali terakhir pada 12 Jun 2025.